Wednesday, 18 May 2016

BAB 7 JOHOR MENEGAKKAN SEMULA KEWIBAWAAN KESULTANAN MELAYU MELAKA

Faktor kegemilangan kerajaan Johor


Jajahan takluk Johor dan kecekapan pentadbiran

  • Jajahan takluk Johor meliputi wilayah pantai barat Semenanjung Tanah Melayu iaitu dari Klang hingga Singapura.
  • Johor menguasai :

    Klang
    ii  Batu Pahat
    iii  Muar
    iv  Pahang
    Bentan
    vi  Lingga
    vii  Bangkalis
    viii  Kampar
    ix  Siak
  • Faktor kegemilangan Johor :

    Kecekapan sultan
    ii  Kecekapan pembesar
    iii  Kemajuan dalam kegiatan perdagangan
    iv  Perkembangan bidang persuratan

*********************************

Johor sebagai Pusat Perdagangan

  • Johor dapat kumpulkan hasil dagangan kerana mempunyai jajahan takluk yang luas.
  • Johor – pelabuhan entrepot bagi Kepulauan Melayu.
  • Kapal dagang Johor berdagang hingga ke Maluku dan Makasar.
  • Ramai pedagang asing datang ke Johor spt pedagang China dari Canton dan Amoy.
  • Kapal dagang barat turut ke pelabuhan Johor seperti kapal dagang Belanda dan Inggeris.
  • Ketika Sultan Mahmud Shah II pusat pentadbiran dan pelabuhan Johor telah berpindah dari Batu Sawar ke Riau.
  • Barangan tempatan yang diperdagangkan termasuklah damar, tikar, bijih timah, sagu, minyak, lada hitam, pinang, ikan masin, garam, kayu gahuru dan beras
  • Johor sebagai pembekal kain corak baru
  • Barangan luar negeri yang didagangkan seperti benang emas, kain sutera putih, teh, tembikar dan tembaga dari China.
  • Pelabuhan Johor mempunyai kemudahan seperti gudang dan khidmat membaiki kapal.
  • Perdagangan dijalankan melalui :
    cara tukar barang
    ii  mata wang.
  • Mata wang emas dikenali sebagai mas
  • Mata wang perak dikenali sebagai kupang
  • Mata wang timah dikenali sebagai katun.
  • Mata wang diperkenalkan ketika Sultan Alauddin Riayat Shah II.
  • Mata wang asing digunakan di pelabuhan Johor seperti :
    Dolar Sepanyol
    ii  Dolar Mexico
    iii  duit Belanda.
  • Johor cekap mentadbir pelabuhannya dan mengamalkan cukai yang berpatutan.
  • Setiap bahara lada hitam – dikenakan cukai sebanyak enam keping emas.
  • Setiap bahara timah – cukainya sepuluh keping emas.
  • Keselamatan pedagang asing, sistem naungan diamalkan.
  • Setiap pedagang asing akan dilindungi oleh :
    Bendahara
    ii  Raja Indera Bongsu
    iii  Temenggung
    iv  Laksamana.
  • Keselamatan pedagang dan kapal dibantu oleh Orang Laut.
  • Orang Laut menjadi :
    pengawal pelabuhan
    ii  pengawas perairan Johor
    iii  Penunda
    iv  penunjuk arah kepada pedagang.
  • Keistimewaan pelabuhan Johor
    terlindung daripada tiupan angin monsun.
    ii  jadi pintu masuk di selatan Selat Melaka
    iii  kawal lalu lintas kapal dagang dari Barat dan Timur.
    iv  menjadi pusat membina kapal persisiran pantai seperti banteng,  baluk, kolek, pencalang dan pencacap.

*************************************
Perkembangan persuratan Melayu.

  • Johor dikenali pusat persuratan Melayu
  • Tun Sri Lanang susun buku sejarah Melayu
  • Hikayat Hang Tuah mengisahkan kepahlawanan orang Melayu melalui watak Hang Tuah dan empat orang rakannya.
  • Hikayat Hang Tuah mengisahkan tentang keagungan Kesultanan Melayu Melaka
  • Riau menghasilkan banyak karya sejarah, bahasa dan buku agama Islam.
  • Pengarang terkenal :
    Raja Haji Ahmad
    ii  Raja Ali Haji.
  • Naskah asal yang dihasilkan oleh penulis adalah dalam tulisan jawi bertulis tangan.
  • Kemudian dicetak -guna kaedah cap batu.
  • Johor terkenal pusat pengajian ilmu agama Islam ketika Makam Tauhid menjadi pusat pemerintahan Johor.
  • Tradisi ini diteruskan hingga ke Riau.
  • Di antara karya yang dihasilkan :
    Tuhfat al Nafis
    ii  Salsilah Melayu dan Bugis dan Sekelian Raja-rajanya,
    iii  Hikayat Johor serta Pahang,
    vi Peringatan Sejarah Negeri Johor,
    Aturan Setia Bugis dan Melayu,
    vi Syair Sultan Mahmud Lingga,
    vii Kitab Pengetahuan Bahasa
    viii  Bustanul Katibin Lissubyanil-mutaalimi.
RUJUKAN: http://sejarahtingkatansatu.blogspot.my/2011/02/nota-kegemilangan-kerajaan-johor.html

No comments:

Post a Comment